06 April 2022

BILA NETIZEN PERTIKAI VIDA BERBUKA PUASA BERASINGAN MEJA DENGAN 'MAID'



Nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kembali menjadi bualan selepas memuat naik video di Insta Story memaparkan dirinya bersama anak-anak berbuka puasa bersama-sama, selain juga kelihatan pembantu rumahnya turut berbuka puasa tetapi duduk berasingan meja dengan mereka sekeluarga.


Biarpun hanya ingin berkongsikan detik-detik berbuka puasa bersama peminat, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan Datuk Seri Vida atau mesra dikenali sebagai DSV tidak berbuka sekali dengan pembantu rumahnya.

Melalui perkongsiaan semula Insta Story DSV itu di TikTok, kelihatan netizen tersebut seakan-akan tidak berpuas hati dan mendakwa usahawan tersebut bezakan taraf dengan pembantu rumahnya.

Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi DSV dengan mengatakan ia sememangnya perkara normal untuk dilakukan serta merupakan etika sebagai majikan dan pekerja.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: