06 April 2022

SELEPAS ISTERI SEMBUH DARIPADA PENYAKIT MISTERI - AMAR BAHARIN DIDUGA LAGI, KALI INI ANAK PULA DEMAM PANAS



"Arysasa mengalami demam panas... suhu badannya tinggi sehingga mencecah 41 celsius. Melihat keadaanya itu, kami terus bawa dia ke hospital Prince Court, KL pada sekitar 1 pagi tadi. Sehingga kini, Aryssa masih ditahan wad dan pagi tadi baru jumpa doktor.


"Keadaan dia masih dalam pemantauan dan kami tak buat ujian calitan sebab dia baru baik dari C0V1D. Tiba-tiba demam panas dan tak tahu punca dia apa. Itu yang membuatkan kami risau sangat," demikian kata pelakon Amar Baharin mengenai anak keduanya, Ayra Aryssa.

Amar dan isterinya, Amyra Rosli diduga sekali lagi apabila anak perempuan mereka itu mengalami demam panas dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Rabu.

Baru sahaja sembuh dari C0V1D pada Januari lalu, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin bimbang apabila suhu badan Aryssa yang baru berusia dua tahun mencecah 41 darjah celsius.

Klik untuk gambar besar



Pasangan selebriti itu turut berkongsi keadaan anak mereka yang terlantar sakit di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu. Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan agar anak perempuan pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.

Sementara itu, Amar memberitahu anaknya kini dijaga oleh adik iparnya kerana dia dan isteri terpaksa menjalani penggambaran yang sudah dijadualkan.

"Saya dan Amyra tak dapat nak teman dia di hospital sebab kami berdua ada penggambaran, kebetulan jadual padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yang teman di hospital," ujarnya.



Sebelum ini, Amyra mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tidak henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama 'Jangan Menangis Cinta'. Amar memaklumkan keadaan itu tidak pernah berlaku dan isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

Berkongsi keadaan kesihatan Amyra terkini, Amar melahirkan rasa syukur apabila isterinya sudah kembali sihat selepas menjalani rawatan di hospital dan perubatan Islam.

"Alhamdulillah, Amyra pun dah mula bekerja dan menjalani penggambaran sejak kelmarin. Keadaan dia pun dah sihat macam biasa. Syukur tak berpanjangan sakit dia itu. Memang kami ada ikhtiar dua cara... hospital dan perubatan Islam. Alhamdulillah, dia pun dah sihat dan dapat bekerja seperti biasa," tuturnya.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: