06 April 2022

TULAR VIDEO 'SAKAN DATING', ISTERI PULA BALIK SABAH BERSAMA ANAK: "LIFE AKU KORANG TAK TAHU STORY DIA SEPENUHNYA" - SHUK



Nampaknya isu rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera kembali hangat diperkatakan apabila kali ini tular lagi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok dimana ia memaparkan sepasang kekasih berjalan berpelukan di sebuah pusat beli belah.


Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki seakan menyerupai pelawak itu bersama seorang wanita didakwa skandal kepada Shuk. Malah, video tersebut turut mendapat perhatian Sera yang turut meninggalkan komen. Sera memohon orang ramai mendoakan agar dia dimurahkan rezeki buat anak-anaknya. Malah, Sera turut mendoakan buat wanita tersebut agar semoga berbahagia di atas penderitaan orang lain.

Ketika video tersebut hangat diperkatakan, Sera menerusi perkongsian terbaru di lama Instagram miliknya, memaklumkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Sabah bersama anak-anaknya. Lebih sebak, Sera mengatakan dia akan terus berusaha mencari nafkah buat kedua anaknya selagi dia masih hidup.

"Aimi & Ain masih ada mama. Mama akan berusaha mencari nafkah buat kamu berdua selagi mama masih bernyawa 🥰," tulis Sera pada sebuah video dia bersama anak-anak dalam perjalanan pulang ke Sabah.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Sera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sedih melihat nasib Sera dan anak-anak. Tidak kurang juga, ramai yang terus memberikan kata-kata semangat buat Sera dalam meneruskan kehidupan dan diberikan kekuatan untuk menempuh ujian.

Sementara itu, selepas teruk dikecam susulan dakwaan kisah kecurangannya, Shuk tampil meluahkan perasaan berhubung isu tersebut. Ketika melakukan satu siaran langsung di TikTok, Shuk atau nama sebenarnya, Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 36, mengakui dia sama sekali tidak pernah melenting dengan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya.

"Saya sekali pun tak pernah melenting, aku terima guys. Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, aku cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu sahaja boleh cakap.

"Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua... macam mana aku try cari ruang. Mungkin kadang-kadang silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf. Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang, aku minta maaf," katanya dalam siaran langsung tersebut.



Biarpun sering dikecam, Shuk tetap dengan pendiriannya enggan mendedahkan kisah sebenar melibatkan rumah tangganya di media sosial: "Biar orang betul-betul kenal sahaja tahu, aku minta maaf kalau korang rasa tak best. Malah di bulan puasa ini juga aku ambil kesempatan maafkan korang," tuturnya lagi.

Shuk ketika dihubungi media itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangganya: "Saya minta maaf, tiada apa nak komen. Selamat berpuasa," jawab Shuk ringkas.

Terdahulu, isteri Shuk dilihat berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada bulan lalu sehingga mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Untuk makluman, Shuk berkahwin dengan Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: