28 April 2022

DAMIAN MIKHAIL SELAR ALIFF SYUKRI: "TUJUAN VIDEO DIBUAT BUKAN UNTUK PUBLISITI, DUIT... PASAL NAK MEMONDAN TU JE"



Sebelum ini, lagu raya terbaharu Datuk Seri Aliff Syukri berjudul 'Kelepok Raya' menerima kecaman teruk oleh netizen. Susulan ramai yang kurang senang dengan muzik videonya itu, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan kosmetik itu untuk memberi keterangan.


Isu muzik videonya itu turut mendapat perhatian penyanyi dan komposer terkenal, Damian Mikhail yang menyelar tindakan Aliff Syukri itu. Menurutnya, dia melihat motif Aliff Syukri bukan untuk mahukan publisiti ataupun duit tetapi dia memang mahu 'memondan'.

Dalam satu perkongsian lain, Damian turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Aliff yang mempromosikan perkara itu di bulan Ramadan. Perkongsian Damian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan-rakan artis.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada yang mengatakan mereka sudah faham dengan tindakan usahawan itu yang akan memohon maaf selepas terpalit dengan isu panas.

Terdahulu, Aliff Syukri turut meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut terutama ibunya yang sedang menunaikan ibadah umrah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: