16 April 2022

DEDAH ANAK KEPADA HALIM OTHMAN, RAMAI HAIRAN GUNA BINTI 'ABDULLAH' - INI JELAS MYRA NATASYA



Pelakon dan pengacara Myra Natasya baru-baru ini telah membuat pendedahan bahawa dia merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio dan pengacara, Halim Othman, dan ia sekaligus mengejutkan ramai pihak.


Perkara tersebut turut mengundang pelbagai spekulasi berkaitan hal rumahtangga Halim Othman dan lebih menjadi tanda tanya apabila biodata Myra, 27, yang sebelum ini menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019/2020 tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah tersebar dan menjadi bualan netizen.

Menjelaskan mengenai kekeliruan itu, Myra berkata ibunya Yusnita Omar berkahwin dengan Halim di Thailand pada 1994. Kata Myra lagi, dia dilahirkan pada 1995 dan ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian. Difahamkan, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.

"Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah… saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand. Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang ‘public figure’ iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun.

Klik untuk gambar besar



"Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya," jelasnya yang dipetik sebagai berkata mStar.

Dalam pada itu, Myra meluahkan rasa syukur selepas 27 tahun bapanya akhirnya bersetuju untuk membuka rahsia tersebut selepas beberapa kali membuat permintaan.

"Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor atau guna cable. Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura.

"Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu… dia kata okey cakap jelah. Saya terus rasa terharu dan menangis kerana itu bukan pertama kali saya minta kebenaran dia… mungkin kali ke 18. Mungkin sebab bulan Ramadan, hati dia akhirnya terbuka untuk berkongsi," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: