"Pada Selasa, adik (Ayra) demam panas dan terus bawa ke hospital. Hingga semalam pun suhu badan masih panas. Kesan jangkitan mulai naik di badan pada Rabu. Sekarang sudah satu badan sampai muka. Kami dapat rasa dia sedang menahan kesakitan.
"Dia tak nangis, tapi nampak dia tak selesa dan serba tak kena," demikian tutur pelakon Amar Baharin mengenai anak keduanya iaitu Ayra Aryssa, 2, yang ditahan di sebuah pusat perubatan, di sini, Selasa lalu, dimana dia dijangkiti penyakit Kawasaki.
Penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
Amar, 37, berkata, anaknya mula demam panas sebelum simptom penyakit itu mula menyerang ke seluruh badan termasuk muka. Tambah Amar, punca penyakit yang menimpa anaknya itu belum dikenalpasti.
Klik untuk gambar besar
"Penyakit ini bukan normal, tapi sangat jarang berlaku. Tak pasti punca macam mana boleh berlaku. Sekarang ini setiap hari jururawat ambil darah. Doktor pun tak cakap apa lagi bila boleh sembuh. Hari ini buat akan buat ujian electrocardiogram (ECG)," katanya.
Sementara itu, isteri Amar, Amyra Rosli menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai keadaan terkini anaknya.
"Ya ini kondisi anak saya sekarang. Jangkitan Kawasaki. Seluruh badan dia kena serangan. Kesian dia. Saya baca semua mesej (DM) dan komen anda tapi tak berkesempatan nak balas. Maaf sangat. Semua dah reda nanti saya balas. Terima kasih yang mendoakan Aryssa," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment