24 April 2022

HALIM OTHMAN SEDIA JUMPA JPN WALAUPUN TIADA DOKUMEN - MYRA NATASYA REDA, TAK MAHU SUSAHKAN SEMUA PIHAK



"Saya memang tiada dokumen berkaitan kerana bernikah di Thailand. Saya reda dengan apa yang telah terjadi dan sudah tiba masanya untuk move on. Jadi saya terbuka untuk bertemu JPN bagi mendapatkan pandangan mereka.


"Macam saya kata, nak cari semula dokumen-dokumen penting satu hal dan faktanya ia dah tiada dalam simpanan saya. Tujuan saya jumpa JPN adalah belajar perkara ini untuk ilmu serta orang lain tahu dari pengalaman saya," itulah kata bekas penyampai radio dan pengacara Halim Othman.

Susualan tawaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin membantu dalam menyelesaikan masalah identiti anaknya Myra Natasya Abdullah, 27, yang tidak berbintikan namanya, Halim terbuka bertemu pihak tersebut bagi mendapatkan pandangan.

Halim, 56, berkata, dia tidak mempunyai sebarang dokumen untuk ditunjukkan namun berharap bantuan tersebut dapat memberi satu jalan penyelesaian. Halim diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh yang bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan binti anak perempuannya itu.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand. Dalam temubual sebelum ini, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan rahsia.

Di sebalik kontroversi yang melanda, Halim memberitahu ia bagaikan satu rahmat kerana dapat pulihkan hubungan dengan bekas isteri walau mereka kini sedikit tertekan berhadapan pertanyaan banyak pihak.

"Saya cuba lalui semua ini dengan penuh tenang dan memberi kenyataan yang tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Namun ada rahmat di sebalik yang berlaku. Saya dapat berhubung dan pulihkan semula hubungan dengan ibu Myra. Saya harap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan baik dan inilah masanya untuk memohon maaf dan memaafkan," ujarnya.



Sementara itu, Myra berkata, dia enggan menyusahkan mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu tersebut. Bagaimanapun, kata pengacara DidikTV ini, dia menghargai usaha dan terharu dengan bantuan yang mahu dihulurkan pihak JPN.

"Saya terharu dan hargai kerana JPN melihat situasi ini. Namun saya tidak merasakan ia satu proses yang mudah. Pasti ia akan memakan masa yang panjang dan menyusahkan semua pihak. Itulah yang saya tidak mahu terutamanya jika ia menjadi beban kepada ibu.

"Rasanya tidak perlu tukar nama sebab banyak dokumen peribadi saya binti Abdullah. Ini adalah takdir saya dan saya terima sebab sudah 27 tahun. Bagaimanapun saya dan ayah akan pergi ke JPN dan mendengar apa sahaja yang mereka boleh bantu," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: