23 April 2022

LAGU RAYA SOG & SHILA AMZAH KENA KRITIK, GUNA ELEMEN SCREAMO ATAU JERITAN - KATA PETANDA INDUSTRI MUZIK SEMAKIN JAHANAM



Selepas penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kritikan, kini lagu nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah yang berjudul 'Seikhlas Hati' pula menerima komen negatif segelintir netizen, gara-gara tampil dengan genre berbeza.


Rata-rata mereka berpendapat lagu berkonsep rock alternatif dengan elemen screamo atau jeritan itu tidak sesuai untuk didengar ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Lagu kena rasuk ke ni?" - "Dengar pun dah stress, tak payahlah buat versi jerit-jerit macam ni. Dengar pun sakit kepala." - "Art berat ni, dunia nyanyian sudah nazak.

"Sedih pula rasanya, generasi sekarang sudah tak anggap hari raya satu hari yang suci. Dihidangkan dengan irama macam ni sudahnya." - "Ini menunjukkan industri muzik kita makin jahanam!" ujar beberapa netizen.

Klik untuk gambar besar



Enggan berdiam diri, pemain flut kumpulan itu, MK Ridzuan tampil meluahkan rasa kurang setuju dengan pendapat itu dan berkata, perkembangan sesebuah industri sepatutnya diukur dengan variasi dan kepelbagaian hasil karya.

"Sebenarnya tak jahanam industri seni Malaysia jika ada pengkarya di luar dari kebiasaan. Kesihatan sesebuah industri diukur dengan kepelbagaian hasil seni.

"Yang patut kita risau menuju kejatuhan industri adalah bila karya stagnant dan tak berkembang. Sama je dari 80-an, 90-an sampai 20-an. Industri seni ni ibarat hutan, hutan yang sihat ada flora dan fauna. Kita patut risau jika tengok hutan tu semua pokok kelapa sawit sahaja," ujarnya.

Sebelum ini, kumpulan indie, Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Shila Amzah melancarkan lagu raya Media Prima bertemakan 'Seikhlas Hati'. Lagu raya berkonsepkan rock alternatif itu merupakan hasil ciptaan Raja Nazmin Shah, manakala lirik pula ditulis oleh Shila.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: