23 April 2022

"ITU HAK MEREKA... YANG PENTING BERJAYA DISAMPAIKAN" - RESPON SITI NURHALIZA BILA MV 'LIP LAP RAYA' DIKRITIK TAK KREATIF, TIRU ADELE



"Apa sahaja orang nak katakan saya sudah biasa sejak dari awal lagi. Itu adalah hak mereka untuk bercakap. Apa yang penting matlamat dan maksud lagu tersebut berjaya disampaikan," demikian kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai muzik video lagu raya terbaharu berjudul 'Lip Lap Raya' yang menerima kritikan peminat-peminatnya apabila ia dikatakan berkualiti rendah.


Baharu dilancarkan Rabu lalu, 'Lip Lap Raya' hasil ciptaan Ajay Mai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan itu dianggap tidak mencapai standard penyanyi nombor satu itu. Malah, ada yang mendakwa konsep yang dipaparkan hampir sama dengan MV 'Oh My God' nyanyian Adele.

Terbuka menerima kritikan itu, Siti, 43, berkata, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing. Sementara itu, mengulas tentang konsep MV, Siti berkata, 'Lip Lap Raya' memberi kelainan apabila tampil dengan konsep lebih elegan dan santai.

Klik untuk gambar besar



"Bila sebut hari raya orang dah biasa dengan suasana meriah seperti ketupat atau bunga api. Itu adalah kebiasaan. Bagaimanapun saya suka dengan konsep yang ditampilkan kali ini kerana lebih elegan dan santai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada hujung Ramadan ini. Selepas tiga tahun tidak ke sana, ini adalah peluang buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk melepas rindu beribadah dan berdoa di hadapan Kaabah.

"Sebab sudah tiga tahun tidak ke sana, jadi memang rindu untuk duduk dan berdoa di hadapan Kaabah Pastinya saya mahu memohon kebaikan dari setiap sudut untuk diri saya, keluarga, anak-anak dan seluruh rakyat Malaysia," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: