13 April 2022

ISTERI KINI HAMIL 6 BULAN - ARIFF BAHRAN LUAH RASA SYUKUR BAKAL JADI AYAH



"Been waiting for the right time to share this lovely news to all my friends. Alhamdulillah dan InshaAllah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah. Kinda Nervous & also thrilled at the same time 😌.


"Sekarang dah di hujung second trimester (24 minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness, semoga urusan wife bahran terus dipermudahkan. Doakan my wife & baby sihat dan selamat sehingga bersalin 🤲🏻," demikian tulis penyanyi Ariff Bahran yang berkongsi berita gembira apabila isterinya, Amirah Syazwani Mohd Ridzuan disahkan hamil dan kini kandungannya sudah mencecah enam bulan.

Bahran berkata, dia sudah lama menantikan waktu yang tepat untuk berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai. Menurut Bahran, dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan teruk dan berharap urusan bersalin dipermudahkan.

Untuk makluman, Bahran dan Amirah berkahwin pada 3 September lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: