13 April 2022

"ALHAMDULILLAH, DAH DISCHARGE" - EYRA HAZALI KONGSI DETIK CEMAS BAYI DALAM KANDUNGAN TIDAK BERGERAK



Menerusi perkongsian di Instagram Story, pelakon Eyra Hazali telah berkongsi mengenai situasi mencemaskan dimana dia terpaksa ditahan di hospital kerana bayi dalam kandungannya yang juga bakal cahaya mata keduanya, tidak bergerak.


Eyra yang juga isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli berkata dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Dalam hantaran sama, Eyra juga mengucapkan terima kasih dan memohon doa daripada peminat dan pengikutnya di platform media sosial itu.

"Alhamdulillah, Eyra dah 'discharge'. Pergi hospital sebab bayi tak respon langsung walaupun Eyra cucuk-cucuk perut dan kawasan ari-ari Eyra sakit sangat. Tapi, Alhamdulillah, bayi okay cuma bayi sekarang besar dua minggu dan Eyra ada kontraksi sikit tadi.

Klik untuk gambar besar



"Dah cucuk dexa (dexamethasone), harap-harap bayi tunggu lama sikit baru keluar. Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk ibu dan bayi," tulisnya.

Pada Januari lalu, Eyra membuat pengumuman mengenai kehamilannya menerusi video yang dimuat naik di Instagram. Untuk makluman, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun, Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: