13 April 2022

DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL - ANAK KEDUA AMAR & AMYRA BELUM SEMBUH SEPENUHNYA, MASIH DIPANTAU



"Kesembuhan belum sepenuhnya, cuma virus dak tak ada. Bacaan darah pun okay. Tapi doktor maklumkan saluran darah ke jantung bengkak dan jantung ada sedikit air. Apabila dengar berkaitan jantung risau juga. Namun, bukan jantung kritikal. Jangan salah sangka.


"Itu sebab apabila doktor dah benarkan keluar saya agak risau juga. Tapi doktor suruh bagi persekitaran lain. Apabila saya bawa dia jalan-jalan di tingkat bawah hospital tu, dia okay, Masuk bilik dia nangis.

"Itu yang doktor kata dia kena ada persekitaran lain," itulah kata pelakon Amyra Rosli mengenai anak keduanya iaitu Ayra Aryssa, 2, yang dibenarkan keluar hospital, hari ini, selepas dijangkiti penyakit Kawasaki dan ditahan di sebuah pusat perubatan, di sini, sejak Selasa lalu.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 31, bagaimanapun berkata, tahap kesihatannya masih perlu dipantau ekoran saluran darah ke jantung bengkak dan terdapat air dalam jantung. Tambah Amyra, anak perempuannya itu akan dipantau dan dijaga oleh ibunya.

Klik untuk gambar besar



"Apabila dah pulang ke rumah, jadi kena pantau dan makan ubat diberi. Buat masa ini mak saya tolong jaga sementara saya pergi kerja. Doktor juga pesan jika ada simptom semula kena cepat bawa ke hospital.

"Sejujurnya saya bersyukur dan gembira adik (Ayra) sudah dibenarkan keluar. Sebab sudah seminggu juga saya tidak tidur dengan Anaqi (anak sulung) sebab setiap kali habis penggambaran saya terus ke hospital.

"Saya juga akan sentiasa menghubungi doktor dan buat pemeriksaan lanjut kesihatan anak. Dalam masa sama, saya takkan henti usaha dan ikhtiar," tutur isteri kepada pelakon Amar Baharin ini.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: