12 April 2022

RUFFEDGE TOLAK TAWARAN GEGAR VAGANZA - AZAN AKUI TAK SUKA KONSEP 'SEKOLAHKAN', RASA MACAM MALUKAN ORANG LAMA



"Memang dari awal lagi kami dapat tawaran untuk sertai GV. Tapi sebab kami tahu GV ini platform untuk artis yang tak tahu nak buat come back macam mana. GV inilah peluang untuk mereka.


"Alhamdulillah, kami masih boleh buat come back sebab ada sokongan peminat. Kami buat konsert pun tiada masalah... masih ada peminat beli tiket. Jadi, buat apa kami nak rebut orang lain punya peluang.

"Lagipun GV ini pun banyak tolong artis lama. Jadi memang sesuai untuk orang yang nak come back tapi tak tahu nak buat macam mana," itulah kata anggota Ruffedge, Azan yang mendedahkan kumpulannya ada menerima tawaran untuk sertai program realiti Gegar Vaganza (GV) sejak musim pertama, namun memilih untuk memberikan peluang tersebut kepada penyanyi yang lebih layak.

Menurut Azan, mereka tidak memerlukan platform tersebut memandangkan masih mempunyai kumpulan peminat yang kuat sekiranya ingin membuat kemunculan semula. Tambah Azan, platform GV itu sesuai untuk penyanyi yang tidak mengetahui cara untuk membuat kemunculan semula.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Azan atau nama sebenarnya Azanuddin Abdul Wahab, secara peribadi mengakui dia tidak gemar dengan konsep barisan juri mengkritik persembahan peserta GV dan pertukaran genre lagu.

"Pertandingan itu stres dan saya pun tak suka konsep 'sekolahkan'... kritik macam sekolah tadika. Padahal orang ini dah terkenal dan tahu basic dah... tapi kita kat bawah ini (juri) nak ajar basic.

"Bagi saya, macam salah sebab mereka artis lama. Kalau artis baharu nak sekolahkan tak apa la. Penjurian untuk persembahan sudah la. Macam nak memalukan orang lama. Saya tak berapa suka juga dengan konsep tukar genre sebagai contoh, penyanyi rock disuruh nyanyian lagu dangdut," ujar Azan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: