12 April 2022

"TAK PERNAH BERENGGANG, HARI INI KAMI BERJAUHAN" - RITA RUDAINI SEDIH HANTAR ANAK SULUNG MASUK MRSM



"Saya ibu yang normal. Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni. Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa.


"Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tidak pernah berenggang, hari ni kami berjauhan. Mommy sedih sampai dada sakit," tulis pelakon Rita Rudaini yang berkongsi video di aplikasi TikTok dan meluahkan rasa sedih menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menerusi entri itu, Rita berkata air matanya mengalir laju apatah lagi dia dan anaknya itu tidak pernah berenggang namun akhirnya mereka berjauhan. Dalam pada itu, Rita turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan anaknya itu apatah lagi hanya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.

Melihat pada video tersebut, Rita dilihat memeluk erat anaknya sebelum melepaskannya menjalani kehidupan berdikari. Perkongsian Rita itu mendapat perhatian ramai dimana rata-ratanya turut rasa sedih.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: