12 April 2022

MULA BERTUDUNG KERANA UBAN, RASA JANGGAL TANPANYA - DAPHNE IKING HARAP DIRINYA KEKAL ISTIQAMAH



Semua sedia maklum mengenai pengacara Daphne Iking yang mengambil keputusan untuk bertudung sejak Oktober tahun lalu. Setelah sekian lama, akhirnya Daphne, 43, membuka mulut mengenai perhijrahannya itu.


Daphne berkata, pada awalnya dia memakai tudung hanyalah untuk menutup uban di kepalanya ketika mahu keluar rumah bagi menghadiri sebuah acara.

"Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terbabit dengan aktiviti kesedaran kanser. Jadi, saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

"Rambut saya sangat panjang, lebih paras pinggang dan syarat untuk mendermakan rambut mestilah tidak boleh melakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan.

"Tapi, dalam tempoh itu uban saya juga makin jelas kelihatan. Nak dijadikan cerita, selepas diberikan kelonggaran keluar rumah, saya perlu hadiri majlis bertemakan warna ungu dan ketika bersiap-siap saya cuba tutup uban saya dengan pakai turban.

Klik untuk gambar besar



"Malangnya saya cuma ada selendang ungu, bila saya cuba gayakan ala-ala Grace Kelly, tudung saya 'terpeleot' sampai ke belakang jadi saya pakai topi selam (diving cap) warna hitam dan padankan dengan selendang itu," katanya.

Menurut Daphne, dia bagaimanapun bersyukur apabila permulaan itu dipermudahkan dan kini berasa janggal sekiranya keluar rumah tanpa tudung.

"Seganlah... dah berumur nak pakai macam Halle Berry! Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai baju diving dan perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya.

"Proses bertudung itu saya teruskan sampai Ramadan dan hari raya, bila buka tudung saya jadi janggal. Kalau boleh dalam rumah pun ketika sesi temubual virtual saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tutup, paling tidak saya pakai anak tudung dan topi," ujar Daphne.

Tambah Daphne, suami memberikan 100 peratus sokongan meskipun pada awalnya dia beberapa kali bertanya dengan keputusan yang ingin dibuat. Dalama masa sama, Daphne berharap dirinya akan kekal istiqamah dan diberikan kekuatan untuk melalui hari mendatang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: