12 April 2022

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN APENDIKS - UYAINA MOHON DOAKAN ANAK DALAM KANDUGAN



"Bangun tidur semalam terus rasa sakit sangat pada bahagian bawah kanan perut sehingga susah hendak bergerak. Suami terus membawa saya ke pusat perubatan dan saya ditahan di wad sebelum pembedahan," jelas pelakon Uyaina Arshad yang telah selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin.


Menerusi laman Instagram, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, memberitahu dia mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran.

Tambah Uyaina dia bersyukur apendiks yang dialami dapat dikesan awal dan menerima rawatan segera sebelum menjadi lebih parah: "Saya bertuah sebab apendiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa jadi. Syukur pembedahan berjalan lancar," katanya.

Klik untuk gambar besar



Uyaina yang kini hamil tiga bulan turut memaklumkan kandungannya berada dalam keadaan baik dan memohon doa agar diberi kesembuhan segera: "Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga Baby sihat... Kesian Baby. Amin," tulisnya.

Untuk makluman, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Uyaina berkongsi rasa teruja menyambut Ramadan dan Syawal kali ini sebagai seorang isteri dan bakal ibu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: