12 April 2022

'FOLLOWERS' MAKIN BERTAMBAH SELEPAS JADI 'SELADANG' - AMIR MASDI MAHU TERUSKAN TUNJUK CONTOH YANG BAIK



"Alhamdulillah atas kemenangan ini. Bagi saya ini satu lagi batu loncatan. 'Followers' pun Alhamdulillah meningkat," itulah tutur penyanyi Amir Masdi apabila jumlah pengikut Instagramnya bertambah selepas menjadi 'Seladang' pada program The Masked Singer Malaysia musim kedua baru-baru ini.


Pada program itu, Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, 26, mendapat tempat kedua menerusi persembahan lagu 'Stereotype' (Akim & The Majistret) dan 'Madah Berhelah' (Ziana Zain).

Menurut Amir, lebih ramai 'followers' diraih, bermaksud lagi besar tanggungjawabnya sebagai anak seni: "Pada malam itu, ramai yang 'tweet' dan bercakap mengenai saya di media sosial. Jadi, program ini pendedahan yang bagus untuk saya.

"Saya berasakan media sosial ini, tanggungjawab sebagai artis, lebih ramai 'followers' datang lagi besar tanggungjawab saya untuk teruskan untuk tunjukkan contoh yang baik. Supaya lebih ramai akan ikut, nampak dan cuba amalkan contoh-contoh yang baik itu.

Klik untuk gambar besar



"Jadi, Allah sudah letakkan artis dan orang ramai 'followers' ini ada sebab. Bukan semata-mata untuk popular. Populariti itu bersifat sementara saja, bila-bila masa Tuhan tarik. Sementara ada populariti atau orang yang ramai ikut saya, saya kena tunjukkan contoh baik," katanya.

Dalam masa sama, Amir berkata dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjayanya berbanding kisah peribadi di media sosial: "Di media sosial saya kongsikan 90 peratus mengenai kerja. Hanya 10 peratus saja peribadi. Media sosial bukan tempat tunjuk privasi dan perkara tak sepatutnya.

"Mungkin ada yang nak tahu, tapi bukan keutamaan untuk ditunjukkan. Sebab apa yang penting di media sosial adalah untuk menyebarkan kebaikan dan contoh baik. Ini prinsip saya sebagai anak seni di media sosial," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: