12 April 2022

"SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DALAM SENARIO TERUTAMANYA ABANG LAN PET PET" - YASSIN



Sebelum ini, timbul persoalan apabila Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet seperti 'merajuk' apabila tidak membintangi filem terbaru Senario berjudul 'Jaga-Jaga Senariounion' arahan Aziz M Osman pada Disember lalu. Malah dia juga tidak memberi respon apabila ditanya berkenaan perkara ini dengan alasan terlalu sibuk.


Menurut pelakon dan pelawak popular, Yassin Yahya, sehingga kini mereka tidak tahu apa punca yang berlaku, namun beranggapan Lan terlalu sibuk dengan karier baharunya selain sibuk dengan urusan perniagaan.

"Saya ambil kesempatan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan dalam Senario terutamanya abang Lan (Mazlan) Pet Pet. Semoga Allah bukakan pintu hati dia agar dapat sama-sama kembali walau tak banyak atau sekali dua untuk terbabit dalam program Senariounion akan datang. Saya percaya dengan kesabaran kami, dia akan terbuka hati untuk bersama kami semula nanti.

Klik untuk gambar besar



"Kalau berjumpa sebenarnya okey sahaja. Saya pun dah selidik dan siasat sendiri perkara ini. Kami sentiasa ajak dia untuk turut serta sejak dari konsert di RTM sebelum ini. Apa sahaja pun akan ajak. Tapi kami tak boleh tunggu dia kerana kena dengar suara majoriti dalam pasukan. Senariounion tetap kena gerak tanpa dia.

"Insya-Allah akan datang harapnya dia ada," kata Yassin yang mengulas perkembangan terbaru mereka bersama Lan, selain berkata, sebelum ini Lan juga sesekali mencelah dalam program Sembang Santai Senariounion di YouTube kendalian mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: