12 April 2022

"SAYA HARAP DIA DAPAT JALANKAN TANGGUNJAWAB SEBAGAI SEORANG BAPA..." - ISTERI SHUK MAHU TUNTUT HAK ANAK-ANAK, BUKAN NAK KEJAR CINTA



Isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera sebelum ini ada berkongsi video di TikTok dengan kapsyen memberi bayangan dia kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya yang sepatutnya dijalankan oleh Shuk.


Menerusi video itu, kelihatan anak bongsu Shuk sedang menangis rindukan ayahnya sambil mengeluarkan kata-kata dalam keadaan menyayat hati disambil tenangkan Sera. Perkongsian Sera itu telah mengundang rasa sebak dikalangan netizen.

Kata Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah, dia tidak pernah memutuskan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka, sebaliknya dia berharap Shuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Status rumah tangga masih menjadi tanda tanya, Sera memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta kerana fokus utamanya hanya ingin menuntut hak anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Hubungan mereka tetap sama, sebagai bapa dan anak kandung. Air yang dicincang tak akan putus. Saya harap dia dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Aimi dan Ain. Sekarang ini, saya bukan nak mengejar cinta tapi lebih kepada nak menuntut hak anak-anak saya," jelas Sera dipetik sebagai berkata kepada mStar

Masih mengunci mulut mengenai rumah tangganya, Sera bersyukur dapat menyara dua orang anaknya dengan rezeki daripada membuat ulasan di IG dan menjadi model serta wajah untuk produk Inayah Beauty.

"Alhamdulillah... rezeki saya semakin luas sejak saya fokus kepada anak-anak. Saya mengharapkan pendapatan dari buat review, model dan face off @inayahbeautyhq. Lagi-lagi waktu nak raya, banyak persiapan yang kena saya buat. Menjadi wajah untuk produk Inayah Beauty antara salah satu penyumbang saya untuk meneruskan kehidupan.



"Bukan sahaja berjaya melangsingkan badan dari XXL hingga S, tapi merupakan salah satu pendapatan terbesar saya dan anak-anak. Jadi mampu la saya untuk sara anak-anak," tuturnya.

Sementara itu, Sera mengakui enggan mengambil pusing tentang komen negatif kerana banyak lagi kata-kata semangat yang diberikannya. Mengharapkan netizen terus mendoakannya, Sera turut menitipkan pesanan buat wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya iaitu Farah Salleh.

"Sejujurnya saya tak ambil yang negatif. Saya hanya ambil komen-komen yang positif. Saya sangat tersentuh dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh mereka. Saya rasa masih dihargai walaupun saya tidak mengenali followers saya dengan rapat. Apa-apa pun, doakan saya dimurahkan rezeki untuk cari rezeki buat anak-anak. Buat wanita itu, selamat berbahagia atas derita orang lain," kata Sera.


Pada 18 Mac lalu, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta sekali gus mengundang pelbagai persoalan tentang status rumah tangganya dengan Shuk.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.

Untuk makluman, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: