12 April 2022

BILA NETIZEN KANTOIKAN AISAR KHALED CUMA SEWA KONDO MEWAH, BUKAN BELI RM1 JUTA



Sebelum ini, personaliti media sosial dan juga pelakon, Aisar Khaled berkongsi dia telah berjaya membeli rumah kondominum mewah yang terletak di tengah-tengah pusar bandar Kuala Lumpur dengan harga RM1 juta pada usia 22 tahun. Perkongsian Aisar mendapat perhatian ramai dimana rata-ratanya kagum dengan dirinya yang berjaya memiliki rumah di usia muda.


Menerusi satu video, Aisar turut dilihat menandatangani dokumen serta menyerahkan bayaran secara tunai kepada seorang wanita dipercayai agen rumah.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila beberapa netizen mendedahkan dokumen yang ditandatangani Aisar bukanlah dokumen membeli rumah, sebaliknya ia adalah 'tenancy agreement'.

Kata netizen lagi, tidak pernah dibuat orang membeli rumah tetapi membuat pembayaran secara tunai kepada ejen. Seperti sudah dijangka ramai mengecam Aisar kerana menipu.

Namun setakat ini, masih tiada penjelasan lanjut daripada Aisar mengenai dakwaan netizen itu. Terdahulu, Aisar berkata dia membuka syarikat berasaskan perlaburan untuk membantu anak muda berjaya serta memiliki harta di usia muda.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: