09 April 2022

"SAYA BUAT PEMBEDAHAN BARIATRIK INI UNTUK KESIHATAN, BUKAN UNTUK KECANTIKAN " - ALYAH



Pada 21 Mac lalu, penyanyi Datin Alyah telah menjalani pembedahan bariatrik bagi merawat masalah gastrik serius yang dihadapinya sejak sekian lama sehingga menyebabkan dia mengalami penambahan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).


Disebabkan masalah tersebut, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata dia mengalami kesukaran untuk bergerak, solat dan tidak selesa ketika menyanyi.

"Saya buat pembedahan bariatrik ini untuk kesihatan, bukan untuk kecantikan. Bila ada masalah gastrik, saya sentiasa makan tidak tentu masa dan kerap. Bila berat badan naik, saya rasa sukar untuk bergerak, solat dan tidak selesa ketika menyanyi.

Klik untuk gambar besar



"Menerusi pertemuan dengan pakar bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher, dia mencadangkan saya menjalani pembedahan bariatrik. Pembedahan itu bukan sahaja mengatasi masalah gastrik, tetapi juga mengurangkan risiko saya mengalami masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolestrol pada masa akan datang. Jadi bila kita sihat, secara automatik kita akan cantik, bukan sahaja luaran, tetapi juga dalaman," katanya.

Berkongsi perjalanan pembedahan itu menerusi hantaran video di laman Instagram sebagai maklumat kepada peminat, isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu juga bersyukur kerana mendapat tajaan daripada Dr Mustafa bagi menjalani prosedur berkenaan.

"Saya menjalinkan kerjasama dengan Dr Mustafa untuk mendidik dan menjelaskan kepada umum bahawa pembedahan bariatrik ini bukan dibuat kerana kecantikan semata-mata," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: