09 April 2022

TERLALU RINDU ARWAH IBU - ROSLAN SHAH PASANG NIAT MAHU BINA RUMAH KEBAJIKAN ORANG-ORANG TUA SEBELUM MENINGGAL DUNIA



Terlalu rindukan Allahyarham ibunya, Mariam Kari yang meninggal dunia pada Disember 2019, pengacara Roslan Shah memasang niat untuk mendirikan rumah kebajikan orang-orang tua di Malaysia sebelum dia meninggal dunia, kerana mahu berbakti kepada golongan itu.


"Saya nampk ada segelintir orang kita hantar emak mereka ke rumah kebajikan orang tua. Saya marah. Jadi, saya memasang niat sebelum mati satu saja iaitu nak wujudkan rumah kebajikan orang tua di sini.

"Saya nak menjaga mereka semula. Saya tak kisah emak siapa. Saya sanggup cuci najis dan mandikan mereka, saya sanggup. Sebab saya terlalu rindukan arwah emak, walaupun sudah dua tahun dia tidak ada. Saya tetap sayang dia," ujarnya.

Malah, Roslan yang berasal dari Singapura itu berkata dia masih tidak dapat mimpikan ibunya. Menerusi perkongsian di Syok Podcast, Confession Bilik Gelap, Roslan menangis ketika bercerita mengenai kenangan dengan ibunya.

"Perkara dirindukan, kalau saya mati nak jumpa dia. Sampai sekarang saya tak dapat mimpi dia. Saya selalu nak dapat mimpi berjumpa dia, tapi tak dapat-dapat mimpi itu.

"Saya ada tanya ustaz, kenapa saya tak mimpi arwah mak. Dia cakap, emak saya tenang, Insya-Allah. Dia beritahu lagi, kalau saya meninggal nanti, Insya-Allah jumpa emak di padang mahsyar.

"Orang tak tahu betapa sakitnya saya kalau keseorangan. Kalau saya tak ada apa, saya pasti teringatkan emak. Saya kalau bercakap mengenai emak, memang akan nangis. Biarlah orang nak cakap apa. Air mata saya, bukan air mata orang lain," katanya.

Terdahulu, ibu Roslan meninggal dunia di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura. Sebelum itu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac 2019 sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: