08 April 2022

MASUK STUDIO NYANYI LAGU-LAGU SEDIH CARA AYU DAMIT LEPAS RINDU TERHADAP ARWAH BAPA



Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melepaskan kerinduan terhadap orang tersayang termasuklah penyanyi Ayu Damit yang memberitahu dia akan selalu ke studio dan menyanyikan lagu-lagu sedih bagi menghilangkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Damit Osiri yang meninggal dunia akibat kanser otak pada Julai lalu.


"Suami akan faham kalau secara tiba-tiba saya masuk studio dan menyanyikan lagu-lagu sedih. Itulah salah satu cara untuk saya lepaskan rasa rindu kepada arwah bapa. Saya tak mahu tunjukkan kesedihan depan anak-anak kerana tidak mahu mereka risau dengan keadaan saya," tuturnya.

Tahun pertama berpuasa dan menyambut raya tanpa bapa, pastinya amat berbeza buat Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 33. Menurut Ayu, tiada lagi baju Melayu baharu yang perlu disediakan setiap kali tibanya Syawal.

Klik untuk gambar besar



"Arwah tidak banyak kerenah dan apabila menyambut raya dia hanya minta untuk belikan baju Melayu sahaja. Tahun lepas saya sempat belikan baju baharu namun hanya dihantar melalui perkhidmatan pos kerana tidak dapat pulang beraya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya.

Disebabkan PKP yang dilaksanakan tahun lalu, Ayu berkata, dia berasa ralat kerana tidak dapat pulang ke Sabah menyambut hari raya bersama bapanya buat kali terakhir.

"Tahun lepas saya hanya sempat berjumpa arwah beberapa bulan sebelum menyambut raya. Kata ibu, arwah banyak kali bertanya adakah kami akan pulang untuk sambut raya. Namun memang kami tak boleh balik sebab PKP. Rasa ralat juga tidak dapat menyambut hari raya bersama buat kali terakhir," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: