08 April 2022

SIMPATI DENGAN NASIB PENIAGA AYAM TERPAKSA GUNA DUIT BAJU RAYA ANAK BAYAR SAMAN - CAPRICE TAMPIL TOLONG



"Misi hantar baju raya to Terengganu minggu depan abg Wali and family ✅. Kalau sape2 dekat terengganu nak Cap turun buka puasa, lemme knowww mana port best. After 2 years of C0V1D SOP, everyone deserves a better Raya this year InsyaAllah 🤲❤ lets make it happen," demikian tulis penyanyi rap, Caprice yang akhirnya dapat membantu menghulurkan bantuan baju raya untuk peniaga ayam.


Baru-baru ini tular video seorang peniaga pasar yang sebak apabila terpaksa menggunakan duit yang disimpan untuk membeli baju raya anak-anak demi membayar saman sebanyak RM500. Peniaga yang juga seorang ayah itu disaman selepas didakwa menjual ayam lebih dari harga siling.

Menerusi video itu, peniaga itu memberitahu beza harga dari pemborong dengan harja jualan yang ditetapkan oleh kerajaan dia hanya untung 20 sen sahaja: "Niat nak pergi beli baju raya anak Sabtu ni, tapi kena bayar saman ni dulu lah," katanya dalam video itu sambil menunjukkan wang yang perlu dibayar.

Video berkenaan mendapat perhatian rapper, Caprice yang turut memuat naik ke akaun Insatgram miliknya. Simpati dengan nasib peniaga itu, Caprice menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini meminta agar sesiapa boleh mencari pemuda itu untuk dihadiah satu set baju raya untuk keluarga mereka.

Klik untuk gambar besar



"Sesiapa kenal abang ni tolong whatsapp Caprice 0169019035, Cap nak hantar baju raya satu set untuk family dia any colors," tuturnya dalam kapsyen.

Dalam pada itu, Caprice berharap isu harga ayam ini dapat diselesaikan: "Harap isu harga ayam ni, penjual, dan pemborong dapat selesai insya-Allah," tegasnya.

Pada Februari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: