08 April 2022

TUNJUK KECENDERUNGAN DALAM NYANYIAN & KOMEDI - SHUIB TAK DORONG ANAK-ANAK IKUT JEJAK LANGKAH



"Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis... saya tak cenderung untuk itu. Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah kot. Untuk family.


"Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot," itulah kata pelawak Shuib Sepahtu yang tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis sama seperti dirinya dan juga arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Melihat pada telatah anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri. Iyelah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Klik untuk gambar besar



Anak-anak pasangan ini iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial. Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bongsu bernama Ayash Affan.

Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arwah isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.

Untuk makluman, Shuib memulakan kerjaya selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah. Manakala, bagi arwah Sarah pula, dia mengorak langkah sebagai penyanyi selepas menyertai program nyanyian Bintang RTM dan seterusnya beberapa pertandingan lain seperti One In A Million dan Gegar Vaganza.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: