08 April 2022

"SAYA MEMANG ADA HASRAT NAK BERHENTI MENYANYI..." - NORANIZA IDRIS BAYANG PENUHI PERMINTAAN SUAMI TUMPU IBADAH



"Satu masa dulu suami ada cakap, dia akan bantu karier saya sampai saya rasa puas. Sampai masa nanti saya kena ikut dia pula yang sekarang sibuk semula dengan agensi umrah. Maknanya mungkin ini salah satu peralihan untuk saya bantu dia ke arah ukhrawi pula dengan lagi dekat. Sebenarnya sebagai artis kalau cakap nak tinggalkan terus dunia seni... tipulah.


"Namun, saya memang ada hasrat nak berhenti menyanyi untuk menuju ke arah akhirat," ujar penyanyi Noraniza Idris yang membayangkan untuk memenuhi permintaan suaminya, Juffri Hudi yang mengajaknya menumpukan perhatian kepada ibadah dan meninggalkan bidang nyanyian.

Noraniza berkata, suaminya banyak berkorban terhadap kariernya sebelum ini dan sekarang masanya untuk dia membalas semula apa yang diberikan. Tambah Noraniza, ketika pandemik Covid-19 selama dua tahun, jiwanya terasa amat kosong.

"Perasaan saya tak tentu arah. Timbul rasa sayang pada seni dan saya amat menghargai apa yang saya ada sekarang. Bukan mudah untuk saya capai usia 36 tahun dalam industri muzik. Saya rasa boleh tinggalkan bidang seni ini perlahan-lahan. Tapi tak bolehlah nak kata berhenti terus. Mungkin saya akan jadi tenaga di sebalik tabir," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, Noraniza berkata, dia bakal menghasilkan single terbaru ciptaan Luca Sickta.

"Ini kali pertama saya guna lagu ciptaan orang baru. Ramadan kali ini saya banyak guna untuk susun strategi. Insya-Allah kalau tiada halangan hujung tahun ini saya akan buat konsert. Dah dua tahun rancang nak buat di Istana Budaya tapi tak jadi sebab pandemik.

"Untuk buat perkara yang ke arah konsert, perlu ada satu produk di mana budak-budak sekarang dapat beri perhatian. Asyik lagu-lagu lama sahaja, kena juga ada lagu ciptaan komposer baharu yang segar," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: