26 April 2022

"SAYA TAK SETUJU KALAU LAGU AIDILFITRI NAK DIMODENKAN SANGAT & KETERLALUAN" - RAMLAH RAM



"Mungkin akan ada yang menganggap ia adalah karya yang bertujuan untuk tular semata-mata. Kalau boleh diterima akal, okay. Kalau saya secara peribadi, saya tak setuju kalau lagu Aidilfitri nak dimodenkan sangat dan keterlaluan," kata penyanyi Ramlah Ram yang tidak bersetuju sekiranya lagu Aidilfitri disuntik dengan elemen yang moden dan keterlaluan.


Menurutnya, sesuatu karya muzik yang dihasilkan itu biarlah boleh diterima akal oleh pendengar dan itu sekali gus menjadi formula untuk malar segar. Menurutnya, dia sebagai anak seni yang sudah berdekad berada di dalam industri tidak mahu industri seni diracuni oleh karya dan individu sebegini.

"Kalau orang yang nak menyanyi, biarlah dia boleh menyanyi dan janganlah semudah itu nak jadi penyanyi. Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini. Bukan lagu Aidilfitri sahaja, bahkan lagu-lagu lain juga. Tapi, siapalah saya nak tegakkan pendapat saya," ujarnya.

Berkongsi mengenai lagu Aidilfitri, Ramlah sentiasa jatuh hati dengan lagu bercorak tradisional: "Ia bergantung selera masing-masing. Saya sendiri sukakan lagu yang ada elemen tradisional yang mana mampu mengimbau kenangan," tuturnya.

Untuk makluman, Ramlah adalah antara penyanyi senior yang masih kekal relevan dan cukup dikenali sebagai penyanyi yang mampu menyanyi menggunakan kunci nada asal sejak awal penglibatannya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: