26 April 2022

HIDUNG DIKATA BERTAMBAH PELIK - NETIZEN DAKWA LANA NODIN JALANI PEMBEDAHAN KOSMETIK



Pelakon Lana Nodin menerusi laman Instagram baru-baru ini ada memaklumkan gudang bakeri terbesar Lana's Bakery Land bakal dibuka, setelah sekian lama menyepi selepas pulang ke Amerika Syarikat.


Malah, Lana kini dilihat mempromosikan kedai bakeri miliknya itu yang dibuka di Kota Damansara. Lana turut memuat naik video memaparkan kedai dan barang yang dijual.

Namun, satu video dikongsikan pelakon itu menjadi tumpuan apabila ada yang menegur dengan perubahan hidung Lana yang didakwa pelik. Tidak kurang juga ada yang mendakwa pelakon itu menjalani pembedahan kosmetik pada bahagian tersebut.

Untuk makluman, Lana berkahwin dengan David McKienzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud McKienzie, 3.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: