07 April 2022

"SELALU MIMPI PELIK, RASA SIBUK TAPI SUNYI" - SUFIAN DEDAH BERDEPAN MASALAH PERIBADI, LALUI FASA MENTAL BREAKDOWN



"Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan ada masanya rasa seperti mental breakdown. Tidak apa yang serius, Cuma masalah kecil yang perlu saya hadapi sendiri. Saya harapkan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri," jelas penyanyi Sufian Suhaimi yang mengakui sedang berdepan masalah peribadi apabila melalui waktu sukar sehingga selalu mengalami mimpi pelik.


Enggan berkongsi lanjut, Sufian, 30, bagaimanapun berharap agar semua masalah yang dihadapinya kini dapat diselesaikan dengan baik. Penyanyi lagu 'Di Matamu' ini ada berkongsi di Instastory tentang perasaannya yang sunyi dan ingin berehat sebentar.

"Rehat sekejap, rehat dari dunia. Lately rasa berat je hati. Selalu mimpi pelik. Rasa sibuk tapi sunyi. Terlalu banyak perkara yang berlaku, terlalu banyak jangkaan yang perlu dipenuhi. Tapi rasa macam tak ada yang genuinely nak dengar. End up cerita dekat Dia je," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Bercakap tentang sambutan Ramadan tahun ini, Sufian yang bakal genap usia 30 tahun pada bulan Mei depan itu berharap dia dapat menyempurkan tadarus sekaligus khatam al-Quran.

"Tahun lepas ada niat nak khatam al-Quran tetapi tidak kesampaian. Saya harap kali ini akan berjaya. Bulan puasa ini juga saya masih sibuk dengan jadual kerja dan akan bercuti seminggu sebelum sambutan hari raya," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: