07 April 2022

"SAYA AKUI KESILAPAN KERANA TERLALU TERUJA" - USOP KENA TEGUR IBU GARA-GARA KONGSI KEHAMILAN ISTERI TERLALU AWAL



Pada 30 Mac lalu, penyanyi Usop telah berkongsi berita gembira dimana dia bakal menimang cahaya mata apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim kini sedang hamil empat minggu, selepas dua bulan mereka berumahtangga.


Namun begitu, keterujaan Usop berkongsi berita tersebut telah menerima teguran ibunya apabila dianggap terlalu awal untuk berkongsi perkara itu kepada umum.

Usop nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor mengakui kesilapannya yang mungkin menggores hati pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

"Boleh katakan ini rezeki baby tak dirancang sebab isteri saya memang betul-betul teringin nak ada baby. Saya kongsi video itu pun sebab terlalu teruja, tambahan pula isteri pun gembira sangat nak timang anak. Bagi saya, soal zuriat ini kita tak boleh nak rancang.

Klik untuk gambar besar



"Rezeki Allah yang nak beri. Ada abang yang sudah kahwin dua tahun pun tak ada anak lagi rezeki masing-masing. Cuma saya akui kesilapan saya berkongsi terlalu awal kerana terlalu teruja. Malah ibu saya juga turut menegur mengenai perkara itu," ujarnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu, penyanyi lagu 'Lenyap' itu turut berasa bimbang akan kesihatan dan keadaan isterinya yang kini meniaga di bazar ramadan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Fatihah meniaga kuih muih di bazar sepanjang bulan puasa ini. Saya sudah melarang namun dia tetap nak meniaga, jadi sebagai suami, kenalah bantu apa yang patut. Saya memohon doa semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah... doakan semuanya agar dipermudahkan," tuturnya.

Untuk makluman, Usop mendirikan rumah tangga dengan Fatihah pada 4 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: