07 April 2022

VIDA: "CARI PASAL NAK KUTUK SAYA... APA MASALAH BIBIK TAK SEMEJA DENGAN SAYA? NAK SURUH DUDUK ATAS RIBA SAYA KE?



"Tak ada kerja lain ke, cari pasal nak mengutuk saya. Apa masalah bibik tak semeja dengan saya? Awak nak dia suruh duduk atas riba saya ke? Saya bagi bibik makan waktu saya berbuka juga. Dia makan di meja sana, saya makan di meja sini dengan tenangnya. Saya tak fahamlah.


"Lagi pun bibik makan dengan kakak saya, Mok Jah. Macam satu family. Apa masalah sebenarnya?" balas usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tampil bersuara berhubung isu tular video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila netizen mempertikaikan dirinya tidak duduk semeja dengan pembantu rumah ketika berbuka puasa.

Menerusi video itu, dapat dilihat dua orang pembantu rumahnya sedang makan di meja berasingan dan ada yang mendakwa Vida mengasingkan pekerjanya kerana tidak setaraf.

Klik untuk gambar besar



Vida yang menjelaskan perkara itu di laman Instagram miliknya berkata, dia memberi makan pada pembantu rumahnya pada waktu yang sama dengannya makan ketika berbuka.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu serta meminta usahawan berkenaan tidak mengendahkan komen negatif.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: