24 April 2022

SELEPAS ISU CERAI - TULAR PULA LAPORAN POLIS TERHADAP MAK WAN LATAH KERANA LANGGAR KONTRAK



Baru-baru ini timbul pula episod baharu apabila tular laporan polis terhadap pelakon Mak Wan Latah kerana langgar kontrak, ketika terpalit isu diceraikan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.


Menurut laporan tular itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa telah melanggar perjanjian dan menipu sebuah syarikat pengeluar produk makanan iaitu Tishas Food Manufacturing sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,500.

Dia dikatakan telah bersetuju untuk terlibat dalam sebuah iklan syarikat tersebut namun tidak hadir ketika hari penggambaran atas alasan terkena jangkitan C0V1D.

Laporan bertarikh 8 April itu menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian kerja yang dibuat pada 30 Mac 2022 dan bayaran wang 50 peratus sebelum mula bekerja telah dibuat.

Klik untuk gambar besar



"Selepas perbincangan, pelakon tersebut telah bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022 semasa di pejabat, pelakon itu telah menandatangi perjanjian kerja.

"Pada 29 Mac pihak syarikat telah membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Pada 1 April pihak syarikat telah membuat pembayaran kali kedua," tulis laporan tersebut.

Bagaimanapun ketika hari penggambaran iaitu 2 April lalu, Mak Wan memaklumkan dia terkena jangikitan C0V1D dan menghantar bukti ujian saliva. Pihak Tishah kemudian meminta supaya Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja tersebut namun tidak menerima sebarang bayaran sehingga tarikh laporan dibuat.

"Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu. Pihak syarikat juga mendapat tahu dari bekas pembantu peribadi (PA) pelakon itu bahawa wang tersebut telah digunakan," menurut laporan itu.


Dalam satu hantaran di laman Twitter atas nama Tuo Bunkle, pelakon tersebut dikatakan sengaja memberi alasan sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan sebuah penggambaran lain.

"Dah tandatangan kontrak. Hari kejadian buat alasan kena C0V1D. Rupa-rupanya tengah shooting di negeri lain. Bila call block semua nombor," seperti ditulis dalam laporan itu.

Mak Wan cuba dihubungi menerusi panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp namun tidak berjawab.

Untuk makluman, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Husain telah melefazkan cerai pada 21 April dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: