"Saya ibu yang paling bangga kepada dua anak ini. Moga jadi anak yang soleh dan solehah. Pada awalnya saya betul-betul takut, macam-macam fikir sebelum nak bawa dua anak yang aktif jauh-jauh begini.
"Boleh jaga ke ni? Anak-anak nanti berkelakuan baik tak? Alhamdulillah, saya buat keputusan pergi sahaja bawa mereka. Allah akan permudahkan urusan itu. Perasaan takut atau susah nak jaga tolak tepi kerana apa yang penting niat nak pergi beribadah sangat-sangat.
"Syukur, Syaikhul dan Sumayyah berkelakuan baik. Anak-anak yang dengar cakap tak banyak songeh. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak-anak di sini," tulis pelakon Puteri Sarah Liyana yang meluahkan rasa syukur apabila mampu menguruskan dua permata hatinya dengan baik, biarpun ke Tanah Suci tanpa kehadiran suami, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof di sisi.
Pada Khamis lalu, Sarah dan kedua-dua anaknya berlepas ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Dalam masa sama, Sarah turut bersyukur apabila dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik ketika menyempurnakan ibadah umrah.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian pelakon drama 'Sabarlah Duhai Hati' itu menerima pelbagai reaksi netizen dan rakan artis apabila rata-rata memuji sikap kedua-dua anaknya yang pandai menjaga kelakuan.
Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusuf pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini, kisah rumah tangganya dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian netizen. Sarah turut mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap dingin.
Syamsul dalam satu kenyataan sebelum ini juga mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi bukan bermaksud mahu bercerai.
________________________
No comments:
Post a Comment