11 April 2022

SERING TERIMA KECAMAN & GAMBAR LUCAH - BABY SHIMA AKUI PERNAH TERFIKIR UNTUK BERHENTI DARI MEDIA SOSIAL



"Apa yang saya kongsikan di media sosial semuanya berkaitan dengan kerja. Sedihnya juga ada sahaja nak kecam dan tak kurang juga sering menerima gambar lucah. Ada ketika membuatkan saya terfikir untuk berhenti dari sebarang akvititi perkongsian di sosial media.


"Namun ini adalah kerja saya dan rasanya tidak perlu ambil peduli sangat dengan kata-kata yang boleh membuatkan saya rasa down," demikianlah kata penyanyi Baby Shima yang pernah terfikir untuk berhenti menggunakan media sosial, dek kerana sering menerima kecaman dan mendapat kiriman gambar lucah.

Namun Shima atau nama penuhnya Nor Ashimah Ramli, 30, berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan mengingatkan diri bahawa semua perkongsian di media sosial hanya berkaitan kerja.

Baru-baru ini Shima mendedahkan nama dan gambar seorang lelaki yang menghantar gambar bogel kepadanya. Hantaran tersebut kemudian dipadam dan Shima berkata, dia berbuat demikian supaya dapat memberi pengajaran kepada peminat supaya tidak lagi melakukan perbuatan sebegitu.

Klik untuk gambar besar



"Kalau berani kirim gambar yang tidak senonoh, kenapa tak berani jawab atau munculkan diri apabila saya letakkan wajah sebenar individu itu di media sosial. Saya kongsikan gambar tersebut sebagai pengajaran, bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk semua wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati di media sosial," jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pendapat segelintir netizen bahawa penampilannya yang seksi mengundang perhatian lelaki gatal, Shima tidak bersetuju. Penyanyi lagu 'Lalai' ini berkata, semua itu bergantung kepada pemikiran seseorang yang didorong oleh nafsu mereka sendiri.

"Saya masih tahu menjaga batas dan tidaklah terlalu seksi sehingga tayangkan lurah atau memakai skirt pendek. Pemikiran seseorang itu yang melampau dan menyebabkan penampilan saya ini dianggap seperti mudah menerima godaan lelaki sebegitu," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: