11 April 2022

BERANGKAT KE SYRIA - PEMINAT PUJI ANUAR ZAIN TAMPIL BERAMBUT PENDEK, DOA DIPERMUDAHKAN



"Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I'll join you!" - "Wah dah potong rambutlah..." - "Rambut baru... Safe flight." - "Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana," itulah tulis beberapa pengguna di laman Instagram yang memuji penampilan terbaharu penyanyi Anuar Zain dimana dia tampil berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria.


Menerusi hantaran di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.

"Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti," tulis pelantun lagu 'Lelaki Ini'.

Klik untuk gambar besar



Dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.

Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada target sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingga 2 Mei 2022.

Bagaimanapun Syria care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana. Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: