11 April 2022

"BELUM APA-APA DAH HAUK" - TALI 'FACE MASK' TERPUTUS DUA KALI, NETIZEN PERTIKAI KUALITI PRODUK JOVIAN MANDAGIE



Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie sebelum ini dikecam teruk dek gara-gara kenyataannya menggunakan perkataan hauk dan dalam masa sama mempromosikan pelitup muka jenamanya yang bakal memperolehi cop SIRIM.


Bagaimanapun, Jovian yang juga menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri itu menerusi laman sosial miliknya telah tampil menjelaskan kenyataannya mengenai pelitup muka 'hauk'.

Terkini, sebuah video memperlihatkan mask keluaran Jovian Mandagie pula terputus talinya ketika siaran langsung tular di laman sosial. Menerusi video pendek yang dipercayai untuk siaran jualan langsung itu menyaksikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku duta produk berkenaan cuba memakai pelitup muka tersebut.

Klik untuk gambar besar



Namun perkara tidak dijangka berlaku apabila talinya terputus ketika hendak disarungkan ke muka. Bagaimanapun, Siti Nurhaliza menerusi video tersebut mengatakan tali pelitup muka itu terputus disebabkan cara dia menariknya terlalu kasar.

"Sebab itu saya takut tau... sebab kalau saya pegang apa-apa, tangan saya ini gagah sangat," kata Siti Nurhaliza yang ketika itu turut ditemani Jovian.

Kemudian, tali mask baharu yang ingin diberikan kepada penyanyi itu terputus sekali lagi. Video tersebut menarik perhatian dan mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempertikaikan kualiti produk keluaran pereka fesyen terkenal itu.


Malah, terdapat juga segelintir netizen yang membuat perbandingan kualiti antara pelitup muka mahal dengan pelitup muka murah yang dibeli secara talian.

"Dah malu la tu. Lepas ni keluar la statement 'kita masih dalam fasa ujian, mungkin akan keluar mask cop Sirim siri kedua'." - "Ini orang kata, yang mahal belum tentu berkualiti, belum apa-apa dah hauk." - "Adoi, malunya... berkualiti atau tak tu? Kalau ada cop Sirim barang mesti power la kan ini tak?

"Baru ini ada beli di talian, harga dalam RM3.90 untuk 50 keping. Bila pakai putus macam itu, tak ralat sangat. Ini RM30, putus macam tu juga baik aku beli yang Shoppe saja." - "Pelitup muka KN94 saya beli kat Shopee harga RM1.50 untuk 10 keping tak cepat putus tali. Cuma tak ada cop Sirim sajalah," komen beberapa netizen.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: