11 April 2022

PARAS OKSIGEN TURUN - ANAK KEDUA AMAR & AMYRA KINI STABIL, DIPANTAU



"Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang," tulis pelakon Amyra Rosli yang terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anak keduanya, Ayra Aryssa, 2, tiba-tiba menurun, ketika sedang menjalani penggambaran drama.


Dalam hantaran di Instagram Story, Amyra memaklumkan Aryssa masih lagi menerima banyak ubat-ubatan di samping ujian darah. Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid.

"Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik. Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah," ujarnya.

Mengenai keadaan Aryssa, isteri kepada pelakon Amar Baharin berkata, anak perempuannya itu berada dalam keadaan stabil walaupun masih dipantau tahap oksigennya.

Klik untuk gambar besar



Amyra bagaimanapun menganggap ini adalah ujian daripada Allah dan akan ada hikmah untuk anaknya itu. Dalam masa sama, Amyra turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat permata hatinya itu.

"Aryssa masih lagi dipantau tahap oksigennya. Tapi, Alhamdulillah, oksigen Aryssa dah semakin stabil dan masih lagi dengan ubat-ubat yang dimasukkan. Banyak sangat ubat-ubat sudah masuk dalam badan dia selama empat hari. Saya sendiri tidak sanggup nak tengok dia telan ubat, tiap hari jalani ujian darah, nak buang air pun kena pam ubat.

"Tapi nak buat macam mana, inilah ujian yang saya perlu lalui. Anak kecil yang tak tahu apa-apa, belum fasih bercakap lagi kena lalui jangkitan Kawasaki yang sangat teruk.



"Tapi saya percaya Allah SWT akan berikan kesembuhan pada dia dan terima kasih sekali lagi pada kalian yang tidak henti-henti mendoakan. Ada yang berkongsi dengan saya cara ikhtiar. Aryssa stabil cuma masih belum sihat sepenuhnya," tuturnya.

Pada Rabu lalu, anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas. Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Untuk makluman, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: