24 April 2022

TAK KISAH MENJANDA SAMPAI BILA-BILA - YASMIN HANI TAK MAHU TERBURU-BURU KAHWIN LAGI



"Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan. Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti," jelas pelakon Yasmin Hani yang akui hubungannya dengan pelakon Alif Hadi masih diperingkat awal perkenalan.


Kata Hani, 43, dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik. Bercinta kembali selepas mengumumkan perceraiannya pada Disember tahun lalu, Hani memberitahu sikap sopan Alif, 34, membuatnya terpikat.

"Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa. Malah seorang yang menghormati orang serta sopan," beritahunya.

Sementara itu, Alif, 34, pula mengakui tertarik perwatakan Hani yang disifatkan sebagai seorang wanita yang peramah, baik dan manis.

"Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya. Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing," ujar Alif.

Bagaimanapun Hani tidak meletakan target bila dia bakal mendirikan rumah tangga kembali kerana yang penting hanya mahu mencari kebahagiaan.

"Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira," tutur Yasmin.

Untuk makluman, Yasmi pernah mendirikan rumah taangga dengan pemuzik, Sha'arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: