09 April 2022

TAK TOLAK JIKA YASMIN HANI JODOHNYA - ALIF HADI MAHU AMBIL HATI ANAK-ANAK DAHULU



Memuat naik foto mesra di laman Instagram sehingga menarik perhatian ramai, pelakon Alif Hadi mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon dan pengacara Yasmin Hani dan hubungan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.


Alif, 34, berkata, dia enggan terburu-buru sebaliknya mahu mengambil hati dua orang cahaya mata Yasmin dahulu sebelum mereka ke fasa percintaan.

"Apa yang boleh saya katakan kami berkawan rapat dan berilah peluang untuk kami saling kenal dahulu. Mungkin antara kami tidak ada masalah untuk serius bersama, cuma perlu fikirkan anak-anak dia. Jadi sekarang ini saya perlu lebih serasi dengan dua orang anak Yasmin dahulu," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Bercakap tentang permulaan hubungan mereka, kata Alif mereka pernah berlakon sama dan mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Dalam masa sama, Alif juga tidak menolak jika Yasmin adalah jodoh yang sudah tertulis buatnya.

"Kami pernah berlakon sama dan sebelum ini sekadar bertegur seperti biasa sahaja. Baru sahaja rapat sejak beberapa bulan lalu. Untuk melangkah ke fasa seterusnya saya tidak ada masalah jika Allah sudah tentukan ini adalah jodoh saya. Kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Jadi saya jalani sahaja dan lihat bagaimana kesudahannya nanti," jelasnya.

Untuk makluman, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Sha'arin Mohamed Razali pada 2011 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: