18 May 2022

AL-FATIHAH - WAN ZAWAWI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada keluarga ahli akademik, penyanyi dan penulis lirik serta aktivis sosial, Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim, 75, atas pemergiannya yang meninggal dunia di rumahnya sekitar jam 6.47 pagi ini kerana serangan jantung.


Isteri Allahyarham, Noorshah Mohd Salleh berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Seksyen 11, Petaling Jaya ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, pemergian suaminya secara tiba-tiba memang tidak disangka kerana baru semalam mereka berdua berbual-bual dan bercerita mengenai hasrat Allahyarham untuk meneruskan rawatan susulan sakit jantung.

Klik untuk gambar besar



"Baru semalam kami menonton televisyen bersama dan kami berbincang untuk membawa arwah menjalani rawatan susulan jantung. Namun, saya reda dan percaya bahawa ajal arwah sudah sampai," katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham suaminya dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk dimandi dan dikafankan. Jenazah Allahyarham Wan Zawawi dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham adalah pencipta dan penulis lirik lagu Perjalanan Hidup yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip. Dr Wan Zawawi juga pernah menghasilkan beberapa album antaranya album Dayung (menampilkan Mak Minah) dan Anak Dunia.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: