04 May 2022

AMBIL ANAK ANGKAT LELAKI - IQBAL MINTA NETIZEN CADANGKAN NAMA



Usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli, 28, sebelum ini ada mengakui dirinya sunyi serta meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat. Katanya lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut.


Terkini, impian Iqbal untuk memiliki seorang anak angkat akhirnya dimakbulkan. Meluahkan rasa syukur, Iqbal memaklumkan dia mengambil seorang anak angkat lelaki yang baru berusia tujuh hari.

Iqbal yang berkongsikan perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagram miliknya itu berkata, buat masa ini dia tidak boleh mendedahkan wajah anak angkatnya itu kepada umum.

Menurut bekas peserta Big Stage 2022 itu lagi, dia yang akan menguruskan dari segi penjagaan anak angkatnya itu serta memohon doa agar dia dapat menjaga bayi lelaki tersebut dengan sempurna.

Klik untuk gambar besar



"Allah SWT makbulkan doa saya. Jantinanya lelaki dan belum ada nama. Tali pusat pun belum gugur lagi. Saya tidak boleh tunjukkan muka. Bayangkan saya bela kucing dua ekor, urus perniagaan lagi dan pelbagai pekerjaan lain. Saya seorang tapi saya sempat buat. Cuma rumah tidak terurus sikit.

"Sesekali saya akan bagi pada ibunya jaga dan ambil semula. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik dan disayangi semua orang," katanya.

Dalam masa sama, Iqbal memberitahu yang dia tidak akan mengizinkan sesiapa untuk memegang atau mencium bayinya: "Saya balik raya nanti tidak ada siapa boleh pegang dan cium (bayinya). Saya minta maaf. Cuma saya sahaja yang boleh menciumnya. Ini amaran tegas," ujar Iqbal.



Iqbal turut meminta cadangan daripada orang ramai untuk memberikan nama kepada anak angkatnya itu. Perkongsian Iqbal tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mencadangkan nama yang sesuai untuk bayi berkenaan. Malah, ada yang memberikan nama yang lucu.

"Bagi nama Mohd. Alvida." - "Ahmad Ramadhan Iqbal, Ahmad Muhammad atau Rizky Ramadhan." - "Letak nama Aaron Dzakwan," antara cadangan nama yang diberi netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Iqbal pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi bermula dengan isu ingin berkahwin usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sehinggalah percubaannya menjadi penyanyi menerusi single sulung berjudul Hujan tahun lalu sehinggalah penyertaannya menerusi Big Stage 2022.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: