"Saya baru sampai Perak... saya nak tengok kubur abah. Lepas itu saya tengok kubur abah dah tak ada. Batu nisan pun mereka susun tepi macam itu saja. Kalau mereka nak tambak pun sekurang-kurangnya beritahu ahli keluarga dulu. Ini tak tahu cerita apa-apa, tiba-tiba kubur hilang," katanya dalam beberapa hantaran di Instagram Story.
"Pihak masjid tak beritahu apa-apa pun... tahu-tahu kubur abah dah tak ada. Lepas itu, mereka longgok semua batu nisan dekat tepi," itulah kata penyanyi Reedzwann yang tidak mampu menahan air mata apabila kubur arwah bapanya 'hilang' ketika mahu menziarahinya malam semalam.
Tidak menyatakan lokasi tanah perkuburan itu, Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni berkata, dia terkejut dengan apa yang berlaku.
Penyanyi berusia 22 tahun itu turut berasa kecewa apabila pihak masjid yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perkuburan itu tidak memaklumkan mengenai perkara berkenaan.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment