25 May 2022

BILA SAMBUTAN HARI LAHIR PERTAMA ANAK BONGSU JEP DISAMAKAN DENGAN MENTERI



Pelawak Jep Sepahtu dan isteri yang juga pelakon, Sari Yanti baru-baru ini telah mengadakan sambutan hari lahir anak bongsu mereka, Abu Bakr yang kini berusia setahun.


Melihat pada foto-foto sekitar majlis tersebut yang dikongsikan menerusi laman Instagram, pasangan ini memilih tema warna hijau bagi sambutan hari lahir pertama anak bongsu mereka.

Difahamkan, majlis sambutan hari lahir Abu Bakr itu disambut di kampung halaman mereka dan jemputan hanya di kalangan ahli keluarga sahaja.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat Abu Bakr serta mendoakan menjadi anak yang soleh.

Namun, komen seorang netizen ini menjadi perhatian ramai apabila menyamakan tema warna majlis tersebut sama seperti gambar yang sedang tular di media sosial yang menggunakan warna yang sama.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: