14 May 2022

DITAWAR BERLAKON - RITA RUDAINI DEDAH ADA PIHAK TERMASUK RAKAN ARTIS 'PANAS PUNGGUNG'



Pelakon Rita Rudaini sebelum ini dikhabarkan diberikan tawaran berlakon daripada beberapa produser termasuk daripada Zeel Production, selepas hampir dua tahun tidak muncul dengan drama terbaru gara-gara menolak v@ks1n.


Susulan berita itu, Rita menerusi Insta Story miliknya telah mendedahkan banyak pihak yang tidak senang duduk. Kata Rita lagi, ianya masih dalam perbindangan dan belum memberi kata putus.

"Sejak semalam viral bila produser @hj.zil (pemilik Zeel Production) beritahu hendak ambil saya untuk berlakon dengannya. Ramai yang tidak senang duduk nampaknya. Jangan risau, saya belum beri kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Tapi kalau itu yang tertulis (rezeki berlakon), saya tidak menolak rezeki dari Allah SWT," jelasnya.

Dalam pada itu, Rita turut mendedahkan ada segelintir artis tidak berpuas hati apabila dia ditawar berlakon apatah lagi dia tidak mendapatkan suntikan v@ks1n. Malah, Rita turut menyindir meminta pihak produser supaya memberikan watak yang ditawarkan untuknya kepada artis berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Katanya takut kena C0V1D daripada saya yang tidak div@ks1n. Sebelum ini 'dia' kena C0V1D daripada siapa? Satu set dijangkiti C0V1D daripada siapa? Bukan sudah berdos-dos cucuk v@ks1n ke? Berilah watak saya untuk artis yang bising tu. Mana tahu senyap nanti," katanya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu dia menerima banyak tawaran berlakon sebelum puasa namun terpaksa menolak atas sebab tertentu serta meminta kepada pihak yang kurang senang tidak perlu takut dengan dirinya.

"Saya nak beritahu sikit dekat netizen-netizen yang panas 'pungkok' (punggung) lagi busuk hati. Sebelum puasa lagi dah ramai produser mesej ajak saya berlakon. Tapi saya menolaknya cara baik kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Jadi tak payah takut dengan saya," kata pelakon berusia 46 tahun itu.



Ujar pelakon filem 'Mami Jarum' itu lagi, dia percaya Tuhan telah melindungi dirinya serta anak-anak kerana hidupnya dikelilingi dengan manusia yang busuk hati.

"Tuhan selalu lindungi saya dan anak-anak sebab ramai rupanya yang busuk hati dengan saya. Saya selalu percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah SWT yang datang daripada pelbagai sudut dan rupa," tuturnya.

Untuk makluman, Rita yang berasal Perlis itu cukup terkenal dengan kelantangannya menolak suntikan v@ks1n tetapi menafikan dirinya anti v@ks1n dan memilih menjadi 'prosafe' iaitu individu yang menunggu v@ks1n betul-betul selamat untuk digunakan. Disebabkan masih belum mengambil suntikan v@ks1n, dia pernah digugurkan daripada produksi drama 100 episod.

Rita bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat job atau namanya digugurkan daripada mana-mana produksi disebabkan tidak mahu menerima v@ks1n kerana dia percaya dengan rezeki Tuhan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: