14 May 2022

ISU SOROK WAJAH ANAK - PU SYED TAMPIL ULAS, KATA PENYAKIT AIN JUGA BOLEH DISEBABKAN PUJI BERLEBIHAN



"Ain ni adalah pandangan mata seseorang terhadap seseorang samada pandangan dengki atau pandangan taajub. Penyakit ni boleh datang daripada orang yang benci dengan kita dan daripada orang yang soleh.


"Bila ada orang tak tunjuk gambar anak di media sosial pada awal usia ia adalah tujuan untuk keselamatan sebab kita takut terkena penyakit Ain," demikianlah jelas Pencetus Ummah (PU) Syed yang tampil mengulas isu segelintir artis yang memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka dimana ia telah menjadi perbalahan dikalangan netizen termasuk rakan selebriti.

PU Syed memberitahu penyakit Ain ini benar-benar wujud dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tambahnya lagi, ia bukan sahaja disebabkan pandangan orang yang mempunyai hasad dengki, malah melalui pujian juga boleh mendorong kepada penyakit ini

Ujar PU Syed, tindakan segelintir artis yang memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak ketika bayi adalah wajar bagi mengelakkan terkena penyakit Ain.

Sebelum ini, ada segelintir netizen berasa kurang senang dengan tindakan selebriti terkenal, Noor Neelofa yang menyembunyikan wajah anaknya, Muhammad Bilal dengan meletakkan sticker pada foto yang dimuat naik di laman sosial.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: