10 May 2022

ELVINA REDA KANDUNGAN CECAH 3 BULAN ALAMI KEGUGURAN, DEGUPAN JANTUNG BAYI TERHENTI



"Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi. Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital.


"Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa)," jelas pelakon Datin Elvina Mohamad yang berkongsi khabar duka dimana dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun. Bagaimanapun, pelakon drama 'Seadanya Aku ini reda' dengan apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



"Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini. Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu keguguran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja. Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

"Doktor maklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi. Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami," tuturnya.

Untuk makluman, Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: