19 May 2022

"HAIRAN BILA NAK MULA SHOOTING, PENYAKIT TU DATANG SEMULA" - MAWI AKUI TENGOK SENDIRI KULIT MENGGERUTU KAZIM ELIAS BERDARAHBILA NAK MULA SHOOTING, PENYAKIT TU DATANG SEMULA" - MAWI AKUI TENGOK SENDIRI KULIT MENGGERUTU KAZIM ELIAS BERDARAH



"Ustaz Kazim memang dah lama tak sihat tapi dia kuatkan semangat juga untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk promosi filem. Dia memang tengah sakit dan gambar yang dia kongsikan itu memang keadaan dirinya sekarang. Cuma kami ada gunakan kesan solekan sikit untuk filem ini.


"Ikutkan satu badan Ustaz kena macam itu. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya darah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting," itulah kata pengarah dan penerbit Mawi yang menegaskan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias yang dituduh sengaja cipta gimik bagi promosikan filem 'Zim Zim Ala Kazim' itu sememangnya sedang menderita sakit misteri.

Malah menurut Mawi, foto yang memperlihatkan kulit tangan yang kehitaman itu merupakan keadaan sebenar fizikal Kazim atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim.

Mengakui terdapat penambahan dari segi kesan solekan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani juga mendedahkan Kazim pernah menunjukkan keadaan kulitnya yang secara tiba-tiba mengeluarkan darah ketika sedang menjalani penggambaran filem itu.

Pada Rabu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami. Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu.

Bagaimanapun komen pelakon Aeril Zafrel yang bertanya tentang sama ada pendakwah tersebut sedang menjalani penggambaran menarik perhatian netizen yang mula menganggap ia sekadar gimik untuk mempromosikan filem lakonannya itu.

Klik untuk gambar besar



Kazim menerusi laman Instagram memberitahu sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama dan dia mencuba pelbagai jenis rawatan serta cuba menyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita.

Dalam pada itu, Mawi yang juga seorang penyanyi turut memberitahu pendakwah berkenaan hilang keyakinan untuk bertemu dengan orang disebabkan keadaan kesihatannya itu.

"Masa nak mula shooting itu, Ustaz hilang keyakinan dan rasa rendah diri dengan keadaan diri dia... dia rasa malu nak jumpa orang. Saya pun ada duduk berborak dengan dia beri semangat.

"Semua team produksi pun beri semangat, Alhamdulillah dia bangkit semula dan walaupun dia nampak lemah tapi tetap bersemangat. Yang saya harian, bila nak mula shooting, penyakit tu datang semula. Ustaz kata tiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang," ujarnya.

Difahamkam, Mawi dan Kazim bersama team produksi masih berada di Ipoh, Perak sejak 10 hari lalu bagi menjalani penggambaran filem berkenaan sehingga minggu hadapan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: