19 May 2022

AKUI TAK BIASA JADI DUDA - AZRI ISKANDAR TAK TOLAK RUJUK SEMULA DENGAN ELLIE SURIATY



"Saya reda dengan takdir yang sudah tertulis. Sekarang ini saya masih dalam keadaan keliru betul ke dah bercerai… nak menyesuaikan diri. Nak kena terima hakikat dah kembali single. Jadi, saya pun tak tahu perasaan sekarang macam mana. Harap peminat doakan kebahagian saya dan Ellie.


"Kalau satu hari nanti kami berbaik dan nak rujuk semula, tak ada siapa akan halang kecuali kalau kami dah berkahwin lain," ujar pelakon Azri Iskandar yang mengakui bukan mudah untuk menyesuaikan diri menjadi seorang duda apatah lagi selepas 19 tahun hidup bersama pelakon Ellie Suriaty.

Mengakui ia satu keputusan yang berat, pelakon berusia 54 tahun ini berkata dia masih keliru dengan apa yang berlaku, bagaimanapun tidak menolak andai dia dan Ellie ditakdirkan rujuk semula.

Dalam pada itu, Azri berkata hubungannya dengan bekas isteri masih baik serta berterima kasih kepada Ellie yang menjaganya ketika dia berdepan masalah kemurungan selepas dipecat dari filem 'Leftenan Adnan' pada 2000.

Klik untuk gambar besar



"Hubungan kami masih baik... saya pun masih anggap Elly sebagai kawan baik dan ibu kepada anak-anak kami. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya. Masa saya alami kemurungan teruk sampai macam nak gila disebabkan kena pecat dari filem Leftenan Adnan 22 tahun lalu, dia la yang menjaga saya," kata Azri.

Sementara itu, pelakon drama 'Single Terlalu Lama' ini memberitahu bekas isterinya berpindah di kawasan perumahan berdekatan bagi memudahkan anak-anak untuk berulang-alik ke rumah mereka.

"Dia pun pindah di kawasan berdekatan juga. Anak bongsu tinggal bersama dia manakala anak lelaki dengan saya. Kalau mereka rindu boleh saja ulang alik," tuturnya.


Untuk makluman, Azri Iskandar dan Ellie atau nama penuhnya Ellie Suriaty Omar mendirikan rumah tangga pada tahun 2003. Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Pasangan ini mengesahkan sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa dengan talak satu. Menurut Ellie, 52, yang menfailkan permohonan cerai ke atas suaminya sebelum Ramadan yang lalu itu memberitahu keputusan tersebut dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan itu.

Sebelum Ellie, Azri pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992 namun bercerai pada 1999 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: