19 May 2022

"SAYA INSAN BIASA... SAYA INGAT IA HANYA SEKADAR HIBURAN" - ALIFF SYUKRI AKUI TRAUMA DISIASAT SKMM SELAMA 5 JAM



Sebelum ini MV lagu raya Datuk Seri Aliff Syukri berjudul 'Kelepuk Raya' hangat diperkatakan bulan lalu sehingga menerima kecaman ramai. Malah tindakan usahawan kosmetik itu turut dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).


Menerusi satu kenyataan baru-baru ini, Aliff mengakui trauma berdepan kontroversi tersebut dan isu berkenaan memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan perniagaannya.

"Saya insan biasa, jujurnya agak trauma dengan apa yang berlaku. Saya akan cuba perbaiki diri sayalah. Sesi tersebut berjalan kira-kira lima jam. Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

"Pengalaman pertama saya ke sana kerana isu muzik video. Apa pun saya berterima kasih kerana mereka melayan saya dengan baik. Ia masih dalam siasatan lagi dan saya tak mahu berikan apa-apa kenyataan risau tersalah cakap," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Aliff mengakui tidak menjangkakan lagu rayanya itu mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan isu besar.

"Saya tak jangka boleh sampai ke tahap itu. Saya ingat ia hanya sekadar hiburan dan tidak ambil itu sebagai suatu yang serius. Apa pun, saya akui akan kesalahan saya dan InsyaAllah saya terus perbaiki diri dari semasa ke semasa," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: