19 May 2022

KAZIM ELIAS RAYU MINTA TOLONG, CARI PENAWAR SAKIT MISTERI - KOMEN AERIL ZAFREL TERIMA KECAMAN



"Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Pada Allah kita berserah," tulis pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menerusi Facebook miliknya dimana beliau memuat naik foto dirinya menderita penyakit misteri di bahagian tangan sehingga mengundang kebimbangan ramai.


Dalam perkongsian pada petang Rabu, Kazim menunjukkan terdapat kesan parut warna kehitaman ditumbuhi beberapa ketulan kecil di tangan kirinya. Pada perkongsian sama yang meraih lebih 72,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 23,000 komen dalam tempoh dua jam, Kazim merayu mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung derita.

Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian netizen. Melihat pada komen tersebut, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami oleh Kazim memandangkan perkongsian tersebut tidak jelas: "Shooting kan ni ustaz?" soal Aeril menerusi ruangan komen.

Sementara itu, rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan oleh Kazim adalah benar dan mengatakan bahawa ianya bukan 'lakonan' dimana pendakwah itu ketika ini sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul 'Zim Zim Ala Kazim'. Enggan berdiam diri, Aeril tampil memuat naik satu posting bagi menjelaskan mengenai komennya itu.

Klik untuk gambar besar



Ujarnya, dia mengetahui pendakwah itu berdepan sakit terkena buatan orang dan komennya itu hanya pertanyaan kerana melihat ketulan pada tangan Kazim itu seperti mekap namun tidak sangka teruk dikecam. Malah, Aeril turut berkongsikan gambar memaparkan tangan pendakwah itu seolah sedang 'disolek'.

"Tadi ada tanya Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias sebab tangan dia tu. iya memang saya tahu ustaz tengah sakit kena buatan org sekarang ni. tapi gambar yg ustaz upload berdasarkan pemerhatian saya nampak mcm makeup effect. tapi tulah . org kita ni pun , sy tanya je. dah berbakul kena maki 😅😅," tuturnya.

Tahun lalu, Kazim dilaporkan sedang sakit yang dipercayai terkena buatan orang. Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.

Kazim ketika dihubungi berkata, dia tidak perlukan gimik sebegitu untuk memasarkan diri atau mempromosikan filem. Menurut Kazim, dia memilih untuk tidak lagi berselindung mengenai penyakit misteri yang dialami sejak lapan bulan lalu itu.



"Itu adalah keadaan diri saya ketika ini dan saya memohon mereka yang mempunyai ilmu mengubati sihir peluru katak untuk bergabung tenaga membantu," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Tambahnya, ia merebak selepas dia menjalani pembedahan pada bahagian kakinya. Katanya, dia enggan menyimpan keadaan dirinya lagi selepas berjumpa tujuh doktor dan menjalani pelbagai rawatan moden serta tradisional.

"Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu. Saya rasa rendah diri sangat-sangat dan sebab itu saya siarkan gambar lengan itu sebagai kiasan pada badan saya. Saya perlukan pertolongan daripada sesiapa, baik doktor atau perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok.



"Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lalu. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Malah, saya juga terpaksa menahan kencing bagi menjaga wuduk sekiranya menjayakan mana-mana program dakwah.

"Apa yang saya alami seolah-olah memberikan saya kurang keyakinan untuk keluar rumah. Saya sendiri tidak tahu hendak berubat di mana kerana pelbagai inisiatif sudah diambil. Jadi saya memohon kepada mereka di luar sana untuk membantu saya," jelasnya.

Kazim berkata, pengarah filem 'Zim Zim Ala Kazim' iaitu Mawi menggunakan medium filem bagi menggambarkan keadaan yang dihadapi Kazim ketika ini.

"Ia adalah filem mengenai saya dan turut menggunakan kesan khas bagi menjadikan kulit saya buruk. Kita mengambil jurusolek khas seolah-olah menggambarkan keadaan kulit saya ketika ini.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: